SembangFilem

Berita filem dari seorang kaki wayang

Terkini

Tuesday, August 12, 2014

Review Filem Teenage Mutant Ninja Turtles (2014)



Filem Teenage Mutant Ninja Turtles merupakan cubaan seterusnya untuk membawakan antara watak komik dan kartun terkenal ke layar perak, selepas beberapa cubaan yang gagal sebelum ini. Menariknya, filem ini melepasi anggapan ramai pengkritik filem. Kami sertakan review kami untuk filem ini :

Jalan Cerita : Filem ini mengisahkan bagaimana 4 ekor kura-kura, diberi nama Leonardo, Raphael, Michaelangelo dan Donatello yang menjadi bahan eksperimen untuk mengubati penyakit, tetapi akhirnya menjadi pejuang kebaikan menentang kejahatan di kota New York. Mereka berempat dibesarkan dan dilatih oleh Splinter, seekor tikus yang juga menjadi bahan eksperimen berkenaan.

Tempo Cerita : Pada mulanya, kami agak skeptikal dengan filem ini apabila mendengar nama Michael Bay terlibat dalam filem ini. Mujurlah dia hanya sebagai produser sahaja dan bukannya pengarah, melihatkan betapa hancurnya filem Transformers di bawah arahannya. Kami merasakan tempo filem ini agak seimbang, tidak terlalu perlahan dan enjoyable. Jauh meleset dari jangkaan kami sebelum ini.


Turtles : Kami merasakan penampilan keempat-empat watak kura-kura ini dan pendekatan yang digunakan hampir menepati kenangan kanak-kanak kami menonton kartunnya dulu. Mungkin rupa mereka tdaklah 'secomel' dalam kartun, malah ada kalanya kelihatan agak menggerunkan, tetapi kami dapat melihat dan merasakan chemistry antara mereka berempat. Donatello agak pelik dengan imej nerd dan segala gadjet yang ada pada badannya.

Aksi & Komedi : Banyak aksi ditampilkan dalam filem ini. Boleh dikatakan dari mula sampai akhir, banyak elemen aksi ditampilkan, diselangselikan dengan elemen komedi. Malangnya, ungkapan keramat 'Cowabunga!" hanya dua kali kedengaran dalam filem ini.

Shreddder : Kami merasakan watak Shredder agak keterlaluan dalam filem ini. Malah, bila melihat pendekatan body armour yang digunakan, agak seakan sama seperti watak Silver Samurai dalam filem The Wolverine. Terlalu canggih sampaikan dah berupa macam Edward Scissorhands pula.

Megan Fox : Seperti biasa, penampilan Megan Fox dalam filem ini sebagai April O'Neill tak banyak beza dengan penampilannya dalam filem Transformers. Lebih kepada tujuan untuk menarik penonton lelaki ke pawagam, tak lebih dari itu.


Secara keseluruhan, kami berikan 4/5 bintang untuk filem Teenage Mutant Ninja Turtles.

No comments:

Post a Comment