Lionsgate dan Saban secara rasminya telah mengumumkan filem baru Power Rangers telah dijadualkan untuk tayangan pada 22 Julai 2016. 


Berdasarkan jalan cerita oleh eksekutif produser Roberto Orci (The Amazing Spider-Man 2, Star Trek Into Darkness) dan penulis skrip Zack Stentz dan Ashley Miller (X-Men: First Class, Thor), filem ini merupakan penceritaan semula siri TV Mighty Morphin' Power Rangers, sekumpulan pelajar sekolah tinggi biasa yang mendapati mereka dikurniakan kuasa asing yang mesti digunakan untuk menyelamatkan dunia dari kehancuran. 

Francais "Power Rangers" adalah idea daripada Haim Saban, pencipta dan produser siri TV original "Mighty Morphin' Power Rangers" yang menjadi hit apabila dilancarkan pada 1993. Selepas siri pengenalan di stesen TV Amerika Syarikat, "Power Rangers" dengan segera menjadi siri TV kanak-kanak paling banyak ditonton dan kekal sebagai salah satu siri TV yang mempunyai rating tinggi dan tempoh tayangan paling panjang bagi segmen siri TV kanak-kanak. .

20th Century Fox sebelum ini telahpun menerbitkan dua buah filem, iaitu Mighty Morphin, Power Rangers: The Movie pada 1995 dan Turbo: A Power Rangers Movie pada 1997.


Sumber dari Comingsoon

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post