Filem Star Wars Episode VII masih belum siap proses penggambaran, tetapi pendedahan gambar Mark Hamill yang membawakan watak Luke Skywalker menyebabkan ramai peminat filem ini (seperti kami) teruja dan tak sabar menantikan watak Luke Skywalker kembali ke layar perak!


Gambar di atas diambil oleh anak Mark Hamill sendiri, Nathan Hamill, memperlihatkan imej Mark Hamill yang berjambang penuh. Pada mulanya memang telah ada khabar angin mengatakan watak Luke Skywalker akan ditampilkan dengan imej berjambang penuh sejak bulan Jun lalu lagi, seakan-akan watak Obi-Wan Kenobi yang dibawakan oleh Sir Alec Guiness

Filem arahan J.J. Abrams itu kini dalam tempoh berehat susulan kecederaan kaki yang dialami salah seorang pelakon utamanya, Harrison Ford dan masih belum ada pengesahan akhir samada gambar di atas adalah gambar akhir rupa watak Luke Skywalker dalam filem Star Wars Episode VII nanti, yang dijangka ditayangkan pada 18 Disember 2015. 


Sumber dari Comingsoon

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post