Gambar Sut Baru Hawkeye Dalam Filem The Avengers: Age Of Ultron


Keluaran terbaru majalah Empire telah menampilkan pandangan awal sut terbaru Jeremy Renner yang membawakan watak Hawkeye dalam filem The Avengers: Age Of Ultron. Kelihatan juga gambar di mana pengarah filem tersebut, Joss Whedon memberikan arahan kepada pelakon berkenaan untuk menggayakan wataknya.


Kami tak pasti tentang penerimaan peminat, tetapi bagi kami, nampaknya ada perubahan menarik terhadap sut terbaru ini. Watak Hawkeye di dalam komik sememangnya sinonim dengan sut berwarna ungu, dan dengan kehadiran jaluran ungu di sut terbaru ini, sudah pastinya menghampiri rupa sebenar Hawkeye seperti dalam komik.

Filem The Avengers: Age Of Ultron turut dibintangi Chris Evans, Chris Hemsworth, Robert Downey Jr., Mark Ruffalo, Jeremy Renner, Scarlett Johansson, Aaron Taylor-Johnson, Elizabeth Olsen, Cobie Smulders, Don Cheadle, Paul Bettany, James Spader, dan Samuel L. Jackson, dan dijadualkan untuk tayangan pada 1 Mei 2015.


Sumber dari ComicBookMovie

No comments:

Powered by Blogger.