Percaturan besar Marvel nampaknya tidak mengecewakan. Selepas beberapa minggu menyerahkan 'takhta' kepada filem Teenage Mutant Ninja Turtles,  filem Guardians of the Galaxy kembali merampas kedudukan pertama box office di Amerika minggu ini.

Filem Guardians of the Galaxy berjaya memungut $17.6 juta minggu lalu (berbanding TMNT yang mengumpul $16.8 juta), menjadikan jumlah anggaran kasar sebanyak $251.88 juta. Ini secara tak langsung menjadi filem Guardians of the Galaxy sebagai filem yang mendapat kutipan paling tinggi untuk musim panas 2014 setakat ini.

Walau bagaimanapun, kutipan ini masih belum dapat menewaskan filem The Lego Movie (dalam kedudukan kedua filem dengan kutipan tertinggi 2014, dengan kutipan sebanyak $257.75 juta) dan filem dengan kutipan tertinggi 2014 setakat ini, Captain America: The Winter Soldier (dengan kutipan sebanyak $259.77 juta).


Sumber dari io9

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post