Pengarah Empat Filem Harry Potter, David Yates Akan Mengarahkan Filem Fantastic Beasts!

Menurut Variety, pengarah empat filem Harry Potter sebelum ini, David Yates telah bersetuju untuk mengarahkan filem terbaru terbitan Warner Bros. Pictures, Fantastic Beasts and Where to Find Them. Adaptasi terbaru dunia magikal hasil ilham penulis J.K. Rowling itu dijadualkan untuk tayangan pada 18 November 2016.



Filem berkenaan yang berdasarkan dunia ahli sihir yang diinspirasikan dari buku Harry Potter, akan menyambung pengembaraan penulis buku fiksyen berkenaan, Newt Scamander. Filem pertama daripada tiga trilogi itu akan memaparkan makhluk magikal yang merupakan watak dikenali di kalangan pengikut buku Harry Potter.


Sumber dari Comingsoon

No comments:

Powered by Blogger.