Robert Downey Jr. Tampil Dengan Filem Baru Bertajuk The Judge


Pelakon Robert Downey Jr. telah berkongsi poster filem terbarunya di laman sosial, bertajuk The Judge. Filem ini telah dijadualkan untuk tayangan pada 10 Oktober ini. Poster filem berkenaan adalah seperti di bawah :


Diarahkan oleh David Dobkin, filem The Judge ini turut dibintangi Robert Duvall, Vera Farmiga, Vincent D'Onofrio, Jeremy Strong, Dax Shephard, Billy Bob Thornton, Ken Howard, Emma Tremblay, Balthazar Getty, David Krumholtz, Sarah Lancaster, Grace Zabriskie dan Denis O'Hare.

Dalam filem The Judge, Downey membawakan watak peguam di sebuah bandaraya, Hank Palmer, yang kembali ke kampung halamannya di mana bapanya yang bertugas sebagai hakim (Duvall), disyaki terlibat dalam satu kes pembunuhan. Dia cuba mencari kebenaran di sebalik dakwaan itu, dan seterusnya kembali menjalinkan hubungan kekeluargaan yang telah ditinggalkannya sejak sekian lama.


Sumber dari Comingsoon

2 comments:

  1. dah lama sangat aku tak tgk wayang ni....bole belanja tak?haha

    ReplyDelete
  2. jaymiee : aku pun tunggu tiket free je. Hehe

    ReplyDelete

Powered by Blogger.