Filem The Transporter Legacy Dijadualkan Untuk Tayangan Pada 16 Mac 2015

Jason Statham yang membawakan watak Frank Martin dalam tiga filem The Transporter yang terdahulu tidak akan membawakan watak itu lagi, namun itu tidak menghalang EuropaCorp untuk terus menghidupkan francais filem berkenaan.

EuropaCorp telah mengumumkan penghasilan filem bertajuk The Transporter Legacy yang dijadualkan untuk tayangan pada 16 Mac 2015. Filem itu merupakan filem pertama dari trilogi yang akan menceritakan sejarah awal pembabitan Frank Martin dalam pekerjaan yang dilakukannya sehinggalah membawa kepada filem original The Transporter.
Filem ini akan diarahkan oleh Camille Delamarre, yang membuat penampilan sulung dengan mengarahkan filem  Brick Mansions. Manakala pelakon yang akan membawakan watak Frank Martin pula adalah Ed Skrein dari siri TV Game Of Thrones
the transporter legacy
Filem asal The Transporter mengisahkan Frank Martin (Jason Statham), ex-special forces, yang menjadi penghantar barang dari point A ke point B. Apa jua barangan yang diminta oleh pelanggan akan dihantar tanpa sebarang soalan, tak kiralah samada ianya berbahaya ataupun tidak. Kami tak pasti bagaimana pelakon baru nanti akan menggantikan tempat Jason Statham, tapi sudah tentunya ianya adalah satu perubahan yang baru untuk francais filem ini.
Sumber dari CinemaBlend

No comments:

Powered by Blogger.