Filem Jurassic World Telah Selesai Penggambaran, Bakal Ditayangkan Pada 2015


Penggambaran filem Jurassic World arahan Colin Trevorrow telahpun selesai. Pengarah tersebut baru sahaja menghantar tweet gambar di bawah ke akaun Twitternya, yang menandakan penggambaran bagi filem tersebut telahpun selesai.


Bakal ditayangkan pada 12 Jun 2015, filem ini dibintangi oleh Chris Pratt (yang baru saja tampil sebagai Star-Lord dalam filem Guardians Of The Galaxy), Bryce Dallas Howard, Ty Simpkins, Jake Johnson, Nick Robinson, Irrfan Khan, Vincent D'Onofrio, BD Wong, Omar Sy, Judy Greer, Katie McGrath, Lauren Lapkus dan Andy Buckley. Jurassic World mengambil masa 22 selepas peristiwa yang berlaku dalam filem asal Jurassic Park.


Sumber dari Comingsoon

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post