Nampaknya Marvel Studios masih belum mahu berehat seketika daripada mengumuman tarikh tayangan filem akan datang mereka. Minggu lepas, studio tersebut telah menambah 5 lagi filem kepada senarai tersebut, dan hari ini, tarikh 4 Mei 2018 telah dipilih untuk satu lagi filem dalam senarai “Marvel Cinematic Universe”.


Sebelum ini, Sony Pictures telah menyenaraikan The Amazing Spider-Man 4 untuk tayangan pada tarikh 4 Mei, tetapi dengan pengumuman yang filem The Amazing Spider-Man 3 pula telah ditolak untuk tayangan pada 2018, maka ianya bukan lagi isu untuk Marvel Studios.
Kalau diikutkan pengumuman sebelum ini, dan juga terbaru, nampaknya ini adalah senarai tarikh tayangan filem-filem yang bakal diterbitkan oleh Marvel Studios sehingga 2019 :
 
1 Mei 2015 - Avengers: Age of Ultron
17 Julai 2015 - Ant-Man
6 Mei 2016 - Captain America 3
8 Julai 2016 - belum diumumkan
5 Mei 2017 - belum diumumkan
28 Julai 2017 - belum diumumkan
3 November 2017 - belum diumumkan
4 Mei 2018 - belum diumumkan
6 Julai 2018 - belum diumumkan
2 November 2018 - belum diumumkan
3 Mei 2019 - belum diumumkan

Mungkinkah pengumuman tajuk-tajuk filem akan dibuat dalam acara Comic-Con 2014 yang sedang berlangsung sekarang ini?

Sumber daripada Comingsoon.net

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post