Comic-Con 2014: Poster Konsep Penuh Filem The Avengers: Age Of Ultron

Mulanya Iron Man dan Scarlet Witch, seterusnya diikuti dengan Captain America dan Black Widow. Rupanya kesemua poster konsep yang ditunjukkan adalah gabungan watak-watak utama dari filem The Avengers: Age Of Ultron.
Dan kini, baki watak seperti Hawkeye, Quicksilver, The Hulk dan Thor turut diperlihatkan, dengan penampilan khas watak The Vision. Gambar terbaru ini boleh dilihat di bawah :




Bakal ditayangkan pada 1 Mei 2015, filem ini dibintangi oleh Robert Downey Jr., Chris Hemsworth, Mark Ruffalo, Chris Evans, Scarlett Johansson, Jeremy Renner, Samuel L. Jackson, Aaron Taylor-Johnson, Elizabeth Olsen, James Spader, Cobie Smulders, Thomas Kretschmann dan Paul Bettany.
Manakala gambar penuh cantuman kesemua poster konsep ini adalah seperti di bawah :

Tak sabar kami nantikan!

Sumber daripada Comingsoon.net

No comments:

Powered by Blogger.