Comic-Con 2014: Gambar Awal Watak Agent 47 Dalam Filem Hitman: Agent 47

20th Century Fox telah memperlihatkan gambaran awal watak Agent 47 dalam filem terbaru berjudul Hitman: Agent 47 yang boleh dilihat dalam gambar di bawah : 

Filem berasaskan permainan video, Hitman mengisahkan watak utama, seorang pembunuh upahan yang diubah secara genetik hasil kombinasi DNA 5 penjenayah paling berbahaya. Namanya diamibil daripada 2 digit terakhir kod bar di belakang kepalanya – 640509-040147. Agent 47 bertubuh tinggi, berkepala botak, bermata biru, dan kurang bercakap, serta lebih suka menyelesaikan tugasnya dengan cepat, serta kerap mengenakan sut hitam, bertali leher merah dan sarung tangan hitam.

Diarahkan oleh Aleksander Bach, filem ini dibintangi oleh Rupert Friend (menggantikan Timothy Olyphant sebagai Agent 47), Zachary Quinto, Hannah Ware, Thomas Kretschmann, Dan Bakkedahl, dan Ciaran Hinds. Hitman: Agent 47 dijadualkan untuk tayangan pada 27 Februari 2015.
Sumber daripada Comingsoon.net

No comments:

Powered by Blogger.