Dwayne Johnson Mendedahkan Peranannya Dalam Filem DC Comics Bertajuk Shazam?

Dwayne Johnson Mendedahkan Peranannya Dalam Filem DC Comics Bertajuk Shazam?

Memang telah kedengaran khabar angin sebelum ini mengatakan Dwayne ‘The Rock’ Johnson mempunyai kaitan dengan salah satu watak dari DC Comics. Spekulasi mengatakan yang dia akan membawakan watak Lobo atau Green Lantern, namun Total Film hampir pasti mendapat berita ekslusif daripada The Rock sendiri tentang watak berkenaan.

Ketika berbual tentang filem Hercules, The Rock mendedahkan yang dia dan DC akan membuat pengumuman besar tidak lama lagi (mungkin ketika acara Comic-Con?)dan watak yang akan dibawanya mempunya kuasa seperti Superman, tetapi bukan Green Lantern.
Peminat komik pastinya cepat meneka dengan pengumuman ini, dan semuanya menjurus kepada watak Shazam – filem yang baru aaya dikhabarkan dalam perancangan pada bulan lepas.
Kami tidak familiar dengan watak Shazam, tetapi watak komik berkenaan menceritakan watak seorang budak lelaki, Billy Batson, yang dikurniakan kuasa bertukar menjadi superhero seperti Superman, bergelar Captain Marvel, setiap kali menyebut perkataan ‘Shazam’.
Sumber daripada Total Film

No comments:

Powered by Blogger.