Filem Batman V Superman Tidak Akan Berkongsi “Timeline” Yang Sama Dengan Siri TV Arrow Dan The Flash

Dengan Warner Bros. dan DC Comics dalam proses membina cinematic universe mereka sendiri sepertimana Marvel, ramai yang berspekulasi mengatakan akan ada kemunculan watak dari siri TV Arrow (yang kini hampir memasuki musim ketiga) dan juga The Flash. Malangnya hari ini, jawapan rasmi telahpun diperolehi, dan ianya adalah “tidak”. 

Ketua Pegawai Kreatif DC Comics, Geoff Johns, menurut IGN telah mengesahkan yang idea tentang perkaitan Batman v Superman: Dawn of Justice/Arrow/Flash adalah tidak tepat. Menurut Johns (yang merupakan co-creator The Flash merupakan penerbit eksekutif filem Batman vs. Superman), 
“You’ll see a lot of DC universe characters [on The Flash and Arrow]. You won’t see Batman or Superman. We’re on production on Batman V Superman now. So you’ll see characters like The Atom or Firestorm, but no not Batman or Superman right now [on TV].”
Nampaknya watak Arrow dan The Flash hanya akan muncul dalam siri TV sahaja buat masa itu. Ataupun mungkinkah akan ada filem standalone untuk kedua-dua watak ini nanti?
Sumber daripada CinemaBlend

No comments:

Powered by Blogger.