Gambar ekslusif filem The Avengers telahpun dipaparkan di muka depan majalah Entertainment Weekly menampilkan watak Tony Stark/ Iron Man, Steve Rogers/ Captain America, dan juga penjahat utama filem berkenaan, Ultron.

Di dalam edisi 25 Julai itu juga turut dipaparkan beberapa jalan cerita utama filem berkenaan, seperti mana khabar angin yang tersenarai sebelum ini, antaranya :


Dalam filem ini, Ultron dicipta oleh Tony Stark — bukan oleh Hank Pym (Ant-Man) seperti di dalam komik. Menurut EW, Stark mencipta the ultimate drone sebagai cara untuk Iron Man berehat dari beban tugasnya. 

Rancangan Stark adalah untuk mewujudkan “planetary police force” dikenali sebagai Iron Legion, pasukan polis robotik yang diprogram oleh Stark sendiri. Walaupun memiliki sebahagian personaliti Stark, namun Ultron tidak mewarisi sisi simpati dimiliki Stark. 


Di dalam filem The Avengers: Age of Ultron akan memaparkan kesemua ahli Avengers di Stark Tower – yang kini telah menjadi markas Avengers – dengan pakai biasa sebelum diserang oleh Iron Legion berkenaan dan cuba membunuh kesemua mereka. Di sinilah di mana Ultron akan menunjukkan plot sebenarnya : Keamanan dunia melalui penghapusan bangsa manusia. 


Jika dilihat daripada gambar di atas, ada ditunjukkan James ‘Rhodey’ Rhodes (a.k.a War Machine). Adakah ini bermakna War Machine akan dipaparkan dalam filem The Avengers: Age Of Ultron ini selepas penampilan akhirnya dalam filem Iron Man 3 yang pada pandangan kami teramatlah mengecewakan?


Sumber daripada Mashable

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post