Filem Ke-24 James Bond Akan Memulakan Penggambaran Pada Oktober 2014

Masih belum ada perincian yang jelas tentang filem ke-24 Bond yang masih belum diberi tajuk. Namun begitu, pelakon Ralph Fiennes (a.k.a. Voldemort dalam filem Harry Potter) telah memberikan sedikit sinar apabila memaklumkan yang filem ini akan memulakan penggambaran pada Oktober 2014.


Pengarah filem Skyfall, Sam Mendes akan kembali mengarahkan filem Bond 24. Fiennes sendiri akan kembali membawakan watak Gareth Mallory, yang menggantikan Judi Dench sebagai M, bos kepada James Bond.

Apakah cabaran yang bakal dihadapi oleh James Bond dalam filem ke-24 ini nanti? Dan bagaimana pula peranan M yang baru dalam membantu James Bond menyelesaikan misinya?

Filem baru ini dijangka akan ditayangkan pada Oktober 2015.

No comments:

Powered by Blogger.