Ditampilkan poster terbaru filem Transformers: Age of Extinction, filem keempat Transformers arahan Michael Bay. Poster terbaru ini menampilkan pelakon Mark Wahlberg yang kelihatannya sedang memegang senjata (seakan senjata makhluk asing).


Wahlberg akan memainkan watak bernama Cade Yeager dalam filem ini. Masih belum jelas tentang plot sebenar filem ini. Dan malangnya, poster-poster yang ada juga masih belum menunjukkan 'pelakon' sebenar filem ini, iaitu robot yang bergelar Transformers.

Adakah kesilapan 3 filem sebelum ini yang terlalu melebih-lebihkan watak manusia berbanding robot akan berulang lagi?

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post