Poster Dan Trailer Filem Berlatarkan Kisah Kemusnahan Pompeii (2014)

Poster filem Pompeii yang akan ditayangkan pada 2014

Poster terbaru filem berdasarkan sejarah Pompeii telah dikeluarkan oleh TriStar Pictures. Sebelum ini, trailer filem ini juga telah boleh ditonton seperti video di bawah :



Berlatarkan tahun 79 A.D., filem Pompeii mengisahkan Milo (Kit Harington), seorang hamba yang akhirnya menjadi seorang gladiator yang mengejar masa untuk menyelamatkan kekasihnya, Cassia (Emily Browning) daripada dikahwinkan secara paksa dengan seorang senator korup sebelum Gunung Vesuvius meledakkan lavanya dan meliputi bumi Pompeii buat selama-lamanya.

Filem ini akan memulakan tayangannya pada 21 Februari 2014 nanti

Sumber daripada ComingSoon

No comments:

Powered by Blogger.