Filem Fast & Furious 7 Mendapat Tarikh Tayangan Baru : 10 April 2015!


Susulan kematian pelakon francais filem Fast & Furious, Paul Walker pada 30 November baru-baru ini, penggambaran filem Fast & Furious 7 telahpun dihentikan sementara. Pihak Universal Studios dan juga pengarah filem, James Wan cuba mencari cara terbaik untuk 'mengeluarkan' watak Brian daripada filem tersebut susulan kemalangan yang meragut nyawa antara watak utama filem itu. Disebabkan kemalangan itu juga, filem yang sepatutnya ditayangkan pada 2014 itu terpaksa ditunda ke tarikh baru.

Kini, pelakon Vin Diesel telahpun mengumumkan tarikh tayangan baru filem Fast & Furious 7. Pengumuman dibuat melalui laman Facebook pelakon tersebut seperti petikan gambar di bawah :

Facebook Vin DIesel tayangan filem Fast & Furious 7

Jadi buat semua peminat filem Fast & Furious 7, tandakan kalendar anda untuk filem ini yang akan ditayangkan pada 10 April 2015!


Sumber dari IGN Movies

No comments:

Powered by Blogger.