[Trailer] Filem Edge Of Tomorrow Lakonan Tom Cruise (2014)


Warner Bros. Pictures telah memuatnaik trailer pertama filem arahan pengarah Doug Liman yang berjudul Edge Of Tomorrow. Filem yang dijadualkan untuk tayangan pada 6 Jun 2014 ini adalah berdasarkan novel "All You Need is Kill" oleh Hiroshi Sakurazaka. Filem sci-fi ini dibintangi oleh Tom Cruise, Emily Blunt, Bill Paxton, Kick Gurry, Dragomir Mrsic, Charlotte Riley, Jonas Armstrong dan Franz Drameh.



Filem Edge Of Tomorrow ini mengisahkan spesies makhluk asing yang menyerang dan menakluk Bumi. Lt. Col. Bill Cage (Tom Cruise) adalah pengawai tentera yang tak pernah bertempur di medan perang dan bila ditugaskan untuk berperang, dalam sekelip mata saja terkorban akibat serangan makhluk asing. Setelah mati, beliau terperangkap dalam lingkungan masa yang berulang-ulang. Setiap perlakuan yang dilakukannya sebelum ini, diulang berkali-kali, termasuklah ketika kematiannya.

Bagaimanakah Cage melepaskan diri dari lingkungan masa yang berulang ini? Dan bagaimanakah dia menggunakan kelebihan yang diperolehinya setiap kali 'hidup semula' ini untuk memerangi makhluk asing terbabit? Nantikan tayangan filem ini pada 2014 nanti.


Sumber dari SuperHeroHype

No comments:

Powered by Blogger.