Satu lagi filem berdasarkan kisah sebenar semasa Perang Dunia Kedua. Bertajuk The Monuments Men, filem bercorak aksi-thriller ini mengisahkan platun yang ditugaskan oleh Franklin Roosevelt untuk mendapatkan kembali karya seni masterpiece yang dibawa lari oleh tentera Nazi dan mengembalikannya kepada pemilik asal.



Walau bagaimanapun, ini merupakan misi yang terlalu mustahil kerana platun ini bukanlah terdiri daripada tentera - sebaliknya merupakan pengarah muzium, kurator dan pakar karya seni. Dalam usaha ini, mereka terpaksa mempertaruhkan nyawa untuk menyelamatkan koleksi bernilai dan karya berusia ribuan tahun.

Berjayakah mereka menyelamatkan hasil karya seni ini daripada simpanan tentera Nazi?

Filem ini dijadualkan akan ke pawagam pada 18 Disember 2013.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post