SembangFilem-Highland-Tower-poster

Filem bercorak dokumentari pendek berjudul Highland Tower ini adalah arahan pengarah Pierre Andre. Filem ini berlatarkan kejadian runtuhnya bangunan kediaman Highland Tower pada 11 Disember 1993 yang mengorbankan 48 nyawa.

Filem ini mengisahkan Mika and Nizam serta 4 orang lagi yang merakamkan dokumentari tentang kejadian yang berlaku di Highland Tower. Pelbagai kejadian aneh dan seram mengganggu usaha mereka bertujuh untuk menyiapkan rakaman berkenaan.



Apakah yang mengganggu mereka sepanjang menyiapkan dokumentari tersebut? Dan berjayakah mereka berhadapan dengan gangguan mistik di Highland Tower?

Filem ini akan menemui penonton di pawagam Malaysia pada 31 Oktober 2013 nanti.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post