Walaupun filem Pacific Rim dah menampilkan dan memperkenalkan nama Kaiju untuk merujuk kepada watak gergasi ganas, namun tiada siapa yang dapat menyangkal Godzilla adalah merupakan kaiju yang paling original. Dan walaupun yang baru ada hanyalah poster filem Godzilla versi 'reboot' ini, tapi nampaknya Godzilla versi baru ini lebih berkali ganda besarnya berbanding kaiju dalam filem Pacific Rim.


Filem yang bakal menampilkan pelakon seperti Aaron Taylor-Johnson (dari filem Kick-Ass), Ken Watanabe, Elizabeth Olsen, Juliette Binoche, David Strathairn, Bryan Cranston dan Sally Hawkins ini dijadualkan bakal menemui penonton pada musim panas 2014 nanti.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post