[Video] Trailer Filem Gravity : Bakal Ditayangkan Pada 3 Oktober 2013


Satu demi satu filem baru menjengah di pawagam. Kali ini, filem berjudul Gravity lakonan Sandra Bullock dan George Clooney. Sandra Bullock membawakan watak Dr. Ryan Stone, jurutera perubatan yang bijak dan dalam misi kapal angkasa pertamanya, bersama-sama angkasawan veteran Matt Kowalsky (lakonan George Clooney) dalam penerbangan terakhirnya sebelum bersara.

Dalam satu rondaan rutin spacewalk, berlakunya bencana. Kapal angkasa mereka musnah, menyebabkan mereka terputus hubungan dengan Bumi dan berhadapan dengan masalah kekurangan bekalan oksigen yang boleh menyebabkan kematian.


Bagaimanakah mereka menyelamatkan diri daripada terkorban dalam situasi merbahaya ini? Nantikan filem Gravity di pawagam pada 3 Oktober 2013 nanti.

No comments:

Powered by Blogger.