Pendukung Watak Thor, Chris Hemsworth Kini Di Malaysia!


Perhatian kepada penggemar pelakon yang membawakan watak Thor! Pendukung watak berkenaan, Chris Hemsworth kini dikhabarkan berada di Malaysia dan telah tiba pada jam 1.25 petang tadi. Kehadirannya adalah untuk penggambaran filem baru bertajuk Blackhat yang akan diarahkan oleh pengarah Michael Mann dan dijangka berada di Malaysia selama sebulan. 


Kehadiran bintang filem Thor ini dikawal ketat oleh pihak keselamatan dan juga polis setibanya di KLIA. Tentunya peminat Chris Hemsworth ini pasti teruja dengan kehadirannya untuk penggambaran filem itu nanti, dan dikhabarkan juga turut akan melibatkan artis terkenal, Wang Lee Hom.

Filem aksi thriller ini berkisarkan tentang pasukan tentera Amerika dan China yang berganding bahu untuk menyelesaikan kes penggodaman komputer peringkat antarabangsa.

Memandangkan filem Thor 2 pun dah habis penggambaran dan bakal ditayangkan pada 8 November 2013 nanti, nampaknya ini adalah projek filem seterusnya untuk pendukung watak Thor ini.

Apakah watak yang bakal dibawakan nanti? Sama-sama kita nantikan.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post