SembangFilem

Berita filem dari seorang kaki wayang

Terkini

Thursday, July 11, 2013

[KLIPS] Review Filem The Lone Ranger [2013]

Pertama sekali, aku sepatutnya berterima kasih kepada KLIPS sebab bagi peluang untuk dapatkan tiket wayang filem The Lone Ranger secara percuma. Cuba-cuba isi online form, sekali dapat pulak e-mail invitation dari KLIPS untuk menonton filem ini. Syaratnya pun mudah je, selepas menonton filem, kena buat review di blog. Memang hujung jari aku je lah.


Filem The Lone Ranger ini adalah berdasarkan siri radio di US pada tahun 1933 sebelum diadaptasi kepada siri TV daripada tahun 1949-1957. Siri TV ini juga pernah popular di negara kita zaman aku kanak-kanak dulu. Dulu tak banyak pilihan macam sekarang, dan cerita koboi dan Wild West antara yang menjadi kegemaran ramai. Best sangat ke cerita The Lone Ranger yang baru ini? Mari baca review dari aku.

Jalan Cerita : Filem The Lone Ranger ini masih mengekalkan watak The Lone Ranger, seorang bekas Texas Ranger yang bertopeng, dan juga Tonto dari puak Comanche dalam usaha mereka menjejak dalang di sebalik konflik yang tercetus antara orang kulit putih dan puak Comanche yang didakwa melanggar perjanjian yang telah dibuat sebelum ini.

The Lone Ranger : Tajuk filem pun dah berdasarkan watak ini. Tetapi aku merasakan watak The Lone Ranger itu tidak menonjol secara keseluruhan. Aku merasakan The Lone Ranger itu terlalu lemah dan banyak bermain dengan unsur tak percaya, tak yakin dan sebagainya. Kurang unsur 'heroic' yang ditonjolkan oleh watak ini.

Tonto : Johnny Depp yo! Tak perlu aku perkenalkan lagi figura yang terkenal dengan watak Captain Jack Sparrow, Edward Scissorhands, Mad Hatter dan lain-lain watak yang pelik dalam pelbagai genre filem. Tonto lebih menonjol dalam filem ini berbanding The Lone Ranger. Komedi yang dibawakan oleh watak ini juga mengundang gelak ketawa di kalangan penonton. Cumanya aku perasan ada bayangan sisi Captain Jack Sparrow dari watak ini. Tak pelik sebab pembawa wataknya memang orang yang sama pun.

Latar Belakang : Filem ini berlatarbelakangkan zaman Wild West sewaktu usaha pembinaan landasan keretapi merentas benua serta pengaruhnya dalam pembangunan US. Sebagai teknologi baru, terdapat cubaan untuk menguasai landasan keretapi berkenaan sebab sesiapa yang berjaya, akan menjadi orang yang paling berkuasa secara ekonomi. Apatah lagi dengan penemuan lombong perak yang banyak dalam kawasan puak Comanche yang membolehkan perak tersebut dibawa ke luar dan dijual dengan harga lebih tinggi.

Waktu Tayangan : Aku rasakan waktu tayangan filem ini terlalu panjang. Banyak scene yang pada aku tak perlu ditunjukkan dan sepatutnya lebih fokus kepada aksi utama. Tetapi mungkin juga sebabnya untuk nak diselitkan elemen komedi yang memang banyak ditonjolkan dalam filem ini.

Penjahat Utama : Daripada awal lagi, penonton disajikan dengan watak Butch Cavendish, penjenayah kejam  dan tak berhati perut yang akan buat apa saja untuk menyelamatkan diri. Kemuncak perubahan kepada The Lone Ranger adalah apabila kesemua Texas Ranger termasuk abangnya, Dan diserang oleh konco-konco Butch Cavendish dan dibunuh kejam. Tetapi daripada awal aku dah boleh agak mesti ada mastermind di sebalik kejahatan Butch Cavendish. Betul juga sebab sebenarnya orang yang berlagak baik yang merupakan penjahat utama. Siapa penjahat utamanya? Haa yang itu korang kena tonton sendiri lah nampaknya.

Secara keseluruhan, aku enjoy dengan filem ini. Ada gabungan unsur aksi, komedi, sedih, marah, rasa nak balas dendam semuanya bercampur aduk. Mungkin sedikit di bawah ekspektasi aku, tapi aku tetap enjoy menonton filem ini. Sekali lagi aku nak ucapkan terima kasih kepada KLIPS sebab bagi peluang kepada aku untuk tonton filem The Lone Ranger ini secara percuma.

Kalau ada lagi event macam ni, jangan lupa jemput lagi ye?

No comments:

Post a Comment