Selepas filem Superman Returns pada tahun 2006, inilah filem yang sekali lagi menampilkan watak adiwira komik tersohor, Superman. Ramai mengatakan Superman merupakan acuan watak adiwira komik yang lain. Ramai juga mengatakan watak Superman yang dibawa oleh Brandon Routh dalam filem Superman Routh kurang menepati kriteria sepatutnya. Kurang umpphh, orang kata. Mari kita lihat pulak apa pandangan aku tentang filem terbaru ini.



Jalan Cerita : Bila disebut sahaja Christopher Nolan akan bertindak selaku produser filem ini, ramai dah mula membayangkan filem Superman yang menunjukkan ‘origin story’ sepertimana trilogi filem Batman yang diarahkan oleh Nolan sebelum ini. Memang pun filem ini meneroka tentang bagaimana Superman dihantar ke Bumi dan bagaimana dia menyesuaikan diri dengan persekitaran baru dan kuasa hebat yang dimiliknya akibat pengaruh matahari di Bumi.

Clark Kent/ Superman : Kali ini, watak Clark Kent/ Superman dibawakan oleh Henry Cavill. Filem Man Of Steel menampilkan perjalanan Clark Kent mencari asal usul kewujudannya dan apa fungsinya datang ke Bumi. Cuma bab tahan kenderaan untuk "hitch-hiking" dan curi pakai pakaian orang lain di ampaian/ kereta, dah rupa macam kisah hidup siri TV The Incredible Hulk masa tahun 80-an dulu pulak. Siap berjambang lagi. Agak pelik sebab seingat aku, Clark Kent tak pernah ditampilkan dengan watak berjambang sebegitu.

Jeneral Zod : Watak penjahat utama dalam filem ini. Walaupun penjahat, beliau berpegang kepada kod moral bahawa adalah menjadi tanggungjawabnya untuk membangunkan semula Krypton walau dengan apa cara sekalipun, walaupun Bumi menjadi galang gantinya. Berbeza dengan Superman yang mengutamakan Bumi daripada bangsanya sendiri.

Sut Baru Superman : Untuk filem Man Of Steel, sut baru bagi Superman telah ditampilkan. Kali ini, tiada lagi seluar dalam ikonik warna merah yang dipakai di luar dan seringkali menjadi bahan gurauan suatu masa dulu. Sut Superman diperkenalkan sebagai salah satu pakaian yang dipakai warga Krypton di bawah lapisan pakaian rasmi mengikut jawatan/ tugas masing-masing. Huruf "S" pada dada Superman juga bukanlah bermaksud "Superman", tetapi adalah emblem keluarga House of El yang membawa maksud "hope" atau harapan.

Lois Lane : Mengecewakan. Aku rasa patutnya watak ini diberikan kepada pelakon lain. Langsung tak nampak karisma Lois Lane selaku wartawan yang kononnya menang Anugerah Pulitzer. Dan juga, tiada chemistry yang jelas antara watak Lois Lane dengan Superman. Serius.

Kemusnahan : Kalau nak dibandingkan kemusnahan yang berlaku kesan pertempuran antara Jeneral Zod dan Superman, aku rasa kemusnahan dalam filem Transformers pun kalah. Bila dua orang berkuasa super daripada planet Krypton bertembung di Bumi, memang haru biru lah jadinya. Ada yang mengatakan dah macam tengok pertempuran dalam siri Dragonball pun ada. Habis muka bumi diratakan kalau lagi lama Superman dah Jeneral Zod bertempur. Bergaduh biasa-biasa aje pun dah berpuluh bangunan tumbang.

Trivia : Dalam filem ini ada ditampilkan lori treler berlogokan Lexcorp, dan juga satelit berlogokan Wayne Enterprise di angkasa lepas. Adakah ini petanda Lex Luthor bakal muncul dalam filem kedua, dan juga hint untuk filem Justice League yang khabarnya bakal keluar pada 2015?

Secara jujurnya, aku suka dengan filem ini. Aku suka perjalanan filem adiwira versi "origin story" sebegini, sepertimana filem Batman Begins. Cuma ada beberapa scene yang pada aku tak perlu, terlalu dibesar-besarkan ataupun tak berkait. Contohnya, semasa dalam kapal angkasa "scout" waktu mula-mula Clark Kent jumpa dengan ayah sebenarnya, Jor-El, wajah Clark Kent bermisai dan berjambang, tetapi bila keluar dari kapal angkasa dan siap pakai sut Superman, dah clean shaved pulak. Babak pertempuran pun aku dah rasa macam satu negara USA tu musnah dikerjakan Superman dan Jeneral Zod.

Sudah tentunya aku menantikan kesinambungan filem ini. Dan sudah tentunya aku menantikan peranan Superman dalam filem Justice League nanti.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post