Nampaknya trailer sambungan kepada filem The Hobbit : An Unexpected Journey telahpun ditayangkan. Dengan tajuk The Hobbit : The Desolation Of Smaug, filem ini menyambung perjalanan filem terdahulu, menempuh Mirkwood, Laketown dan melalui sarang naga ganas bernama Smaug.


Filem ini juga menyaksikan kembalinya watak putera elf kegilaan ramai wanita dan gadis sewaktu trilogi Lord of the Rings mula-mula ditayangkan dulu, Legolas. Pasti watak ini juga akan menjadi tarikan sekali lagi untuk orang ramai menonton filem ini terutamanya wanita dan gadis, kan?

Juga yang dinantikan dalam filem ini adalah watak naga ganas yang tamakkan emas, Smaug. Mesti ramai yang ternantikan bagaimana dijelmakan watak naga ganas yang boleh berkata-kata seperti mana dibayangkan di dalam buku. Suara bagi watak naga ini akan diberikan oleh Benedict Cumberbatch, a.k.a Khan dalam filem Star Trek Into Darkness.

Filem ini merupakan filem kedua daripada siri The Hobbit yang juga akan dijadikan dalam bentuk trilogi. Saksikan trailer filem The Hobbit : The Desolation Of Smaug di bawah :


Filem ini dijangka menemui penonton pada 13 Disember 2013 nanti. Sama-sama kita nantikan.






KOMEN ANDA

Previous Post Next Post