Filem PECAH Bakal Menemui Penonton Pada 13 Jun 2013


Promosi filem Pecah ini dah lama keluar, tapi pada 13 Jun 2013 ini, filem ini bakal ditayangkan secara rasminya. Satu-satunya buku dari line-up Buku Fixi yang aku beli, memang teruja bila mula-mula diumumkan yang buku Pecah ini akan difilemkan.


Umum pun tahu yang jarang sangat naskah berbentuk buku difilemkan di Malaysia ini. Apatah lagi dari line-up Buku Fixi yang masih agak baru dan ada yang mengatakan ianya berbentuk indie. Buku Pecah pada aku memang menarik dan penuh dengan twist yang tak dijangka, jadi aku pasti mesti filemnya nanti pun 'boom' juga kalau ditayangkan.

Ditambah pulak dengan pelakon seperti Tony Eusoff, Sofi Jikan, Fizz Fairuz dan Ako Mustapha, pastinya ada sesuatu yang special bakal ditampilkan dalam filem Pecah nanti.

Sama-sama kita saksikan nanti.

KOMEN

Previous Post Next Post