Filem Thunderbolts bakal menemui penonton di skrin besar mahupun kecil apabila ia ditayangkan di Disney+ Hotstar pada 27 Ogos ini. Filem terbaharu terbitan Marvel Studios ini hadir dengan momentum tontonan rumah yang kukuh, selepas kejayaan tayangan di pawagam dengan catatan 88% Certified Fresh® di Rotten Tomatoes.

Thunderbolts diperkenalkan sebagai pasukan Avengers baharu, sebuah kejutan besar kepada penonton apabila sekumpulan watak misfit yang pernah diketepikan kini bersatu, menggunakan keupayaan masing-masing demi menentang segala cabaran. Filem Thunderbolts menampilkan gabungan aksi penuh tenaga dengan elemen humor yang segar, menjadikannya karya yang mendapat sambutan hangat daripada peminat.

Pengkritik filem menyifatkan Thunderbolts sebagai “antara filem Marvel terbaik sepanjang zaman” (BJ Colangelo, Slashfilm) dan “antara filem MCU yang paling menghiburkan, menyeronokkan, serta benar-benar menyentuh perasaan” (Ross Bonaime, Collider).

Penonton boleh menikmati pengalaman tontonan berulang kali dengan segala aksi pantas dan kepelbagaian karakter dalam Thunderbolts, eksklusif di Disney+ Hotstar bermula 27 Ogos ini.

Filem Thunderbolts menghimpunkan sebuah pasukan antihero unik yang terdiri daripada Yelena Belova, Bucky Barnes, Red Guardian, Ghost, Taskmaster, dan John Walker. Setelah terperangkap dalam jerat maut yang dipasang oleh Valentina Allegra de Fontaine, kumpulan yang dahulunya terpinggir ini perlu melaksanakan misi berbahaya. Dalam perjalanan tersebut, mereka dipaksa berdepan dengan sisi gelap masa lalu masing-masing. Persoalannya, adakah pasukan ini akan hancur akibat perbezaan mereka, atau berjaya menemukan penebusan dan bersatu sebelum segalanya terlambat?


KOMEN ANDA

Terbaru Lebih lama