Filem tempatan terus berkembang, dan kali ini muncul sebuah karya yang cukup menarik perhatian – Magik Rompak! Filem aksi rompakan dengan sentuhan silap mata ini dibintangi barisan pelakon hebat dan diarahkan oleh pengarah prolifik, Adrian Teh. Kalau korang suka filem aksi bergaya ala Now You See Me, ini memang wajib tonton!
Saksikan treler teaser filem Magik Rompak di bawah:
Filem Magik Rompak mengisahkan sekumpulan perompak elit yang bukan sahaja bijak merancang, tapi juga menggunakan teknik ilusi dan silap mata untuk memperdaya lawan mereka – termasuk pihak berkuasa. Dengan rompakan besar-besaran sebagai misi utama, setiap ahli kumpulan ini ada kemahiran tersendiri – dan semuanya disatukan dalam satu perancangan yang penuh gaya dan kejutan!
Filem ini menampilkan gabungan pelakon popular dan berbakat dari Malaysia dan Singapura, seperti Sharnaaz Ahmad, Zul Ariffin, Nadhir Nasar, Fabian Loo, Miller Khan, dan Tay Ping Hui. Selain itu, ianya juga turut menampilkan Amelia Henderson, Yasmin Hani, dan Elvina Mohamad.
Apa yang membezakan Magik Rompak dengan filem rompakan tempatan lain adalah penggunaan trik silap mata, ilusi optik, dan perancangan visual kreatif. Setiap babak terasa segar – ada yang mendebarkan, ada yang buat penonton kagum dengan kecerdikan pasukan perompak ini.
Pengarah Adrian Teh memang terkenal dengan gaya pengarahan yang kemas, dan kali ini beliau membawa penonton masuk ke dalam dunia rompakan penuh tipu muslihat dan adrenalin.
Filem Magik Rompak bukan saja jadi kebanggaan industri filem Malaysia, tapi juga simbol kolaborasi serantau. Diterbitkan oleh ACT 2 Pictures dan Clover Films, dengan sokongan Astro Shaw dan GSC Movies, filem ini menunjukkan bahawa filem tempatan mampu bersaing dari segi kualiti produksi dan naratif.
Filem Magik Rompak akan mula dipertontonkan secara rasmi di pawagam pada 11 September 2025 untuk tontonan umum di Malaysia dan Singapura.
Post a Comment