Baru-baru ni FINAS telah mengemaskini senarai kutipan filem di bawah Skim Wajib Tayang, dan antara yang mencuri perhatian sudah tentunya filem terbaharu dari Astro Shaw, iaitu Keluang Man. Mengejutkan apabila selepas 18 hari ditayangkan di pawagam, filem adiwira tempatan itu berjaya mengutip sejumlah RM2.3 juta dengan 141 ribu penonton! Ramai juga yang tertanya-tanya kenapa?
Dengan kutipan filem Keluang Man berjumlah RM2.3 juta sahaja (setakat ini), jujurnya ia agak rendah kalau nak dibandingkan dengan standard Astro Shaw yang biasa “makan besar” di box office. Tapi mungkin ada faktor lain — antaranya 'pertembungan' dengan tayangan filem Ejen Ali The Movie 2: Misi Satria yang masih mengganas di pawagam dan mencatat kutipan filem animasi tertinggi dalam sejarah filem Malaysia. Jadi tak hairanlah kalau perhatian penonton lebih tertumpu ke arah itu.
Tapi apa pun, kami rasa Keluang Man tetap satu filem yang patut dipuji. Ada gaya tersendiri, ada nilai nostalgia, dan cuba bawa pembaharuan untuk filem tempatan. Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad pun kata mereka bukan buat Keluang Man semata-mata nak kejar kutipan, tapi nak buka jalan baru untuk filem tempatan.
Sementara tu, satu lagi filem yang masuk radar — Gantung: Musketeer Code. Sayangnya, filem ni macam tak sempat nak bernafas. Banyak pawagam tamatkan tayangan selepas seminggu je. Dan selepas 11 hari, kutipan filem ni cuma RM117 ribu. Sedih juga.
Apa pun, kita harap lepas ni lebih banyak filem tempatan dapat peluang yang seimbang — dari segi tayangan, promosi dan juga sokongan penonton. Tak semestinya semua filem mesti kutip juta-juta — kadang-kadang yang penting, ia beri impak dan memacu industri kita ke depan.
Post a Comment