Kalau korang peminat filem aksi bercampur elemen sains fiksyen, filem Outside The Wire mungkin ada dalam senarai tontonan korang. Ditayangkan di Netflix, filem ini dibintangi oleh Anthony Mackie dan Damson Idris, dengan gabungan aksi futuristik dan isu moral yang agak berat.

Filem Outside The Wire berlatar belakangkan tahun 2036, di mana konflik ketenteraan dikawal oleh teknologi tinggi termasuk dron dan robot tentera digelar Gumps. Damson Idris melakonkan watak Lt. Harp, seorang pengendali dron yang membuat keputusan kontroversi semasa misi – menyebabkan nyawa tentera terkorban, tetapi berjaya menyelamatkan ramai yang lain.

Akibat tindakannya itu, Harp dihantar ke zon perang di Eropah Timur dan ditugaskan bersama Kapten Leo (Anthony Mackie) – seorang askar android (ya, robot, tapi nampak macam manusia biasa!) yang sangat canggih dan pantas. Misi mereka? Menghalang pengganas daripada mendapatkan kod nuklear yang boleh melancarkan perang dunia.

Menariknya dalam filem Outside The Wire ini, Anthony Mackie melakonkan watak android hebat dengan gaya tersendiri – penuh karisma, sarkastik, dan penuh misteri. Setiap kali dia muncul, memang mencuri perhatian. Dan dia berjaya 'melarikan diri' dari watak Sam Wilson/ Captain America yang karismatik. Dari aspek aksi dan sinematografi, ianya dijayakan dengan mantap sekali. Kalau korang suka adegan tembak-menembak, kejar mengejar, dan letupan sana sini, memang puas hati.

Selain menekankan elemen moral dan etika peperangan, filem ini juga menyelitkan persoalan tentang keputusan manusia vs mesin, apa erti menjadi "manusia", dan adakah tujuan akhir itu menghalalkan cara untuk melaksanakan apa jua tindakan yang bersesuaian.

Namun, filem Outside The Wire ini tak terlepas dari isu plot penceritaan yang agak klise dan predictable. dan boleh diagak awal-awal lagi. Kalau korang biasa tengok filem perang atau AI, korang mungkin rasa ini macam deja vu. Selain itu, pembangunan watak juga dirasakan agak kurang mendalam – kita diberi bayangan tentang siapa Leo dan Harp, tapi tak cukup untuk buat kita benar-benar "peduli" tentang mereka.

Kesimpulannya, filem Outside The Wire ialah satu lagi filem aksi sci-fi yang menghiburkan, tapi tidaklah keterlaluan. Ia ada gaya dan idea menarik, tapi penyampaiannya terasa macam terlalu selamat. Ianya sesuai ditonton kalau korang nak hiburan ringan dengan sedikit bahan untuk difikirkan, tapi jangan letak harapan terlalu tinggi.

PENILAIAN: 3.5/5 BINTANG

P/S: Jika anda sukakan review ini, jangan lupa untuk kongsikan artikel ini di laman sosial anda dan tinggalkan komen di bawah. Sokongan anda amatlah kami hargai dalam usaha memberikan lebih banyak informasi yang menarik untuk bacaan anda.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post