Marvel Studios kembali dengan kejutan menerusi trailer rasmi filem Thunderbolts, memperkenalkan pasukan adiwira alternatif yang penuh dengan konflik, latar belakang kelam dan sejarah silam yang rumit. Filem ini dijangka menjadi titik perubahan penting dalam naratif MCU, dan treler yang baru sahaja dilancarkan ini memberikan pelbagai petunjuk menarik yang wajib dibincangkan!

Saksikan treler filem Thunderbolts di bawah:

Berbeza dengan Avengers yang terdiri daripada wira sejati, Thunderbolts membawa naratif yang lebih gelap dan kompleks. Diterajui oleh Valentina Allegra de Fontaine (lakonan Julia Louis-Dreyfus), pasukan ini menampilkan Yelena Belova (lakonan Florence Pugh), Bucky BarnesWinter Soldier (lakonan Sebastian Stan), Red Guardian (lakonan David Harbour), U.S. Agent (lakonan Wyatt Russell), Ghost (lakonan Hannah John-Kamen) dan Taskmaster (lakonan Olga Kurylenko).

Mereka bukanlah wira dalam erti kata sebenar, tetapi masing-masing mempunyai kemahiran luar biasa serta masa lalu yang tidak mudah dilupakan. Misi mereka? Bahaya. Hasilnya? Tak dapat dijangka.

Salah satu sorotan terbesar dalam treler filem Thunderbolts ialah babak Yelena Belova (lakonan Florence Pugh) melakukan aksi terjun dari bangunan pencakar langit Merdeka 118 di Kuala Lumpur – yang dilakukan sendiri oleh Florence!

Treler ini turut menyelitkan beberapa petunjuk halus tentang penglibatan watak baharu – kemungkinan besar Sentry atau versi gelapnya, Void, yang dikhabarkan dilakonkan oleh Lewis Pullman. Watak ini berpotensi menjadi kunci utama kepada filem Avengers: Doomsday yang akan datang.

Diarahkan oleh Jake Schreier, filem Thunderbolts dijadualkan untuk tayangan pada 2 Mei 2025.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post