Disney+ Hotstar telah memperlihatkan treler pertama siri Star Wars original terbaharu mereka, iaitu Star Wars: The Acolyte. Dua episod pertama siri live-action berkenaan dijadualkan untuk tayangan pada 5 Jun 2024 (Rabu) secara eksklusif di Disney+ Hotstar.  

Saksikan treler siri Star Wars: The Acolyte di bawah:

Star Wars: The Acolyte mengisahkan tentang penyiasatan kejadian jenayah yang menemukan seorang Jedi Master yang dihormati, dengan seorang pahlawan dari masa silamnya. Semakin banyak klu yang muncul, semakin banyak kuasa misteri yang tampil, memaksa Jedi Master berkenaan menyiasat dengan lebih mendalam lagi. 

Siri Star Wars: The Acolyte dibintangi oleh Amandla Stenberg, Lee Jung-jae, Manny Jacinto, Dafne Keen, Charlie Barnett, Jodie Turner-Smith, Rebecca Henderson, Dean-Charles Chapman, Joonas Suotamo dan Carrie-Anne Moss.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post