Selepas empat dekad mengagumkan penonton dan peminat anime Jepun dengan paparan futuristik pertempuran robot mecha yang boleh berubah rupa, dan penerokaan angkasa lepas, kini sebahagian besar katalog anime Macross akan boleh distrim di Disney+ Hotstar pada tahun ini!

Dijadualkan untuk ditayangkan secara berperingkat sepanjang 2024, Macross memaparkan kisah nasib umat manusia susulan kejadian selepas sebuah kapal angkasa asing besar merempuh Bumi, mengakibatkan perang angkasa lepas besar-besaran antara Kerajaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan ancaman luar angkasa yang tidak diketahui yang mengancam manusia di ambang kepupusan. Disebabkan perang berkenaan, Kerajaan Baru PBB memulakan rancangan penghijrahan untuk memastikan kemandirian spesies. Tidak lama selepas itu, armada jarak jauh ultra pertama, Megaroad-01 meninggalkan Bumi, menandakan permulaan pengembangan manusia ke angkasa lepas. Siri Macross seterusnya menggambarkan kehidupan dan peristiwa generasi akan datang, termasuk konflik mereka dengan makhluk asing dan kekuatan lagu, menghasilkan runut bunyi yang memenangi anugerah dipaparkan di seluruh francais.

Penuh dengan aksi, percintaan, muzik dan tema moden yang menyentuh hati, katalog Macross telah menarik peminat di seluruh dunia sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 1982.

Jangan lupa unbtuk strim katalog Macross di Disney+ Hotstar pada tahun ini.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post