Satu lagi siri Disney+ akan ditayangkan pada Januari 2024, bertajuk Echo.

Siri Echo terdiri dari lima episod itu akan menampilkan kisah Maya Lopez (lakonan Alaqua Cox) yang dikejar empayar jenayah Wilson Fisk (lakonan Vincent D’Onofrio). Merupakan kesinambungan dari watak berkenaan dalam satu lagi siri Disney+ iaitu Hawkeye, kesemua lima episod siri Disney+ Echo akan boleh distrim serentak di Disney+ Hotstar pada 10 Januari 2024. Ianya merupakan siri Marvel Studios pertama yang boleh ditonton secara serentak. 

Diarahkan oleh Sydney Freeland dan Catriona McKenzie, siri Disney+ Echo turut dibarisi pelakon-pelakon seperti Chaske Spencer, Graham Greene, Tantoo Cardinal, Devery Jacobs, Zahn McClarnon, Cody Lightning dan Vincent D’Onofrio.



KOMEN ANDA

Previous Post Next Post