Filem The Marvels (2023) bukan sahaja menutup kisah Kamala Khan, Carol Danvers dan Monica Rambeau dengan penuh aksi dan emosi – tetapi juga membuka lembaran baharu yang sangat penting dalam MCU, khususnya menerusi end credit scene yang menimbulkan keterujaan ramai peminat.
Dalam babak klimaks filem, Monica menggunakan kuasanya untuk menutup lubang antara dimensi yang terhasil daripada manipulasi Dar-Benn. Namun, dia sendiri terperangkap di sebelah lain portal tersebut. Babak akhir menunjukkan dia "terjaga" di sebuah katil hospital berteknologi tinggi, dalam suasana asing.
Peminat tegar X-Men pasti teruja apabila Hank McCoy/ Beast muncul dalam babak ini, lengkap dengan suara dan penampilan Kelsey Grammer – pelakon yang membawa watak itu dalam siri filem X-Men terbitan 20th Century Fox. Beast menjelaskan bahawa Monica berada di dunia yang berbeza, dan mereka sudah sedia maklum tentang kewujudan multiverse.
Lebih menarik, Beast juga menyebut nama Charles (atau Professor X), memberikan bayangan bahawa seluruh barisan X-Men mungkin wujud dalam dunia tersebut – dan ini merupakan pengesahan visual pertama X-Men versi studio 20th Century Foxv dalam timeline utama MCU selepas filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness.
Turut mengejutkan ialah kehadiran seorang wanita yang mirip Maria Rambeau – ibu Monica. Tetapi kali ini, dia tidak mengenali Monica, dan berpakaian sebagai adiwira bernama Binary – satu watak dari komik Marvel yang pernah dipegang oleh Carol Danvers dan kemudian Maria Rambeau dalam versi alternatif.
Ini membuka ruang kepada teori bahawa Monica kini berada dalam universe alternatif di mana Maria menjadi adiwira Binary, bukan ibu kepada Monica.
Kesimpulannya, end credit scene filem The Marvels bukan sekadar babak tambahan – ia adalah kunci penting kepada masa depan MCU, menandakan bahawa penggabungan dunia X-Men dan Avengers kian hampir. Dengan kemunculan Beast dan Binary, Marvel Studios jelas sedang membina jambatan antara dua dunia yang peminat telah tunggu sekian lama.
Adakah kita akan melihat X-Men beraksi bersama Avengers dalam masa terdekat? Sama-sama kita nantikan.
Post a Comment