Hanya menunggu masa sahaja untuk ditayangkan di Disney+ Hotstar pada esok, 23 Ogos 2023, siri Star Wars terbaharu, Ahsoka akan menyaksikan Rosario Dawson melakonkan kembali watak ikonik berkenaan, beserta lightsaber berkembar yang amat dikenali. Berikut adalah tiga perkara penting yang perlu diketahui berkenaan watak Ahsoka.


Keturunan Togrutra

Dengan tanda mukanya yang tersendiri, kulit oren yang menyerlah, dan tanduk yang elegan, Ahsoka tergolong dalam spesies Togruta yang merupakan sentient humanoid. Ditemui di sebuah planet berumput dan berhutan bernama Shili yang ditemui di Expansion Region, Ahsoka telah dibawa ke Kuil Jedi di Coruscant untuk latihan Jedi.


Perantis Anakin Skywalker

Jika anda tidak biasa dengan Ahsoka Tano, ketahui fakta ini: dia pernah menjadi Perantis Jedi Anakin Skywalker - ya, dia dilatih oleh Darth Vader sendiri.


Pelajar Menjadi Guru

Dilihatkan daripada treler setakat ini, Ahsoka kini mengambil alih tugas mentor dan melatih Sabine Wren, Pahlawan Mandalorian dan Pemberontak yang menentang Empire. Darth Vader dianggap oleh ramai orang sebagai salah seorang penjahat yang paling menakutkan dan perantisnya, Ahsoka telah mempelajari banyak kemahirannya, menjadikannya cukup mampu untuk menentangnya. Dengan Ahsoka melatih Sabine, adakah ini bermakna dia mungkin menjadi sama berkuasa? Dan orang Mandalorian adalah – secara literal – adalah merupakan bangsa pahlawan. Gabungan kedua-duanya sudah semestinya amat menarik, dan kami tidak sabar untuk menonton!

Siri Star Wars Ahsoka boleh distrim secara eksklusif di Disney+ Hotstar pada 23 Ogos 2023 ini, dengan terus boleh ditonton untuk 2 episod.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post