Selepas kejayaan filem Geran (atau dikenali juga dengan tajuk Silat Warriors: Deed of Death), Layar Pictures dengan bangganya membawakan satu lagi filem aksi - Walid


Filem Walid merupakan sebuah filem aksi yang mengangkat tema peri pentingnya pendidikan, selain menyuntik kesedaran di kalangan penonton tentang kesedaran berkenaan pemerdagangan manusia, di mana kanak-kanak tak berdosa dieksploitasi untuk didagangkan di pasaran gelap seluruh dunia.

Filem kedua arahan pengarah yang telah memenangi Anugerah Daniel A Craft di Festival Filem Asia New York (NYAFF) ke-19 pada 2021, Areel Abu Bakar itu akan ditayangkan di Cinema Village, New York dari 28 Julai hingga 3 Ogos  2023, sebelum diteruskan di Leammle Glendale, Los Angeles dari 11 Ogos hingga 17 Ogos 2023.


Walid (bermaksud `bapa' dalam bahasa Arab) mengisahkan tentang seorang guru (lakonan Megat Sharizal) yang baik hati dan berdedikasi yang secara sukarela mengajar kanak-kanak kurang bernasib baik di sebuah perkampungan. Walau bagaimanapun, segalanya berubah apabila beberapa orang pelajarnya menghilangkan diri dari kelas. Dengan bantuan rakan-rakannya beserta petunjuk dan klu yang ditinggalkan, beliau menjejak pelajar-pelajarnya yang disyaki menjadi mangsa penculikan. 


Filem Walid turut dibintangi oleh Namron (sebagai Pak Ku), Putri Qaseh Izwandy (sebagai AIsha), Yusran Hashim (sebagai Hamzah), Sham Putra (sebagai Zuki), Fad Anuar (sebagai Yakpat), Aliff Yasraff (sebagai Deris), Feiyna Tajuddin (sebagai Kinang), Taiyuddin Bakar (sebagai Sutun) dan ramai lagi.


Sekali lagi, Areel Abu Bakar membawakan pasukan pakar silat untuk melakonkan babak aksi pertarungan. Filem Walid mempertaruhkan hampir 1 jam babak pertarungan silat untuk tontontan peminat filem aksi. 

Filem Walid dijadualkan untuk tayangan d pawagan tempatan pada 14 September 2023 ini. 

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post