Sony nampaknya telah bersedia awal untuk kembali membawakan filem Spider-Man ke layar perak, apabila sumber terbaharu mendedahkan yang syarikat berkenaan telah `menempah´ slot tayangan untuk 2 filem Sony/Marvel terbaharu, menurut laporan oleh portal Deadline baru-baru ini.

Laporan berkenaan menyatakan yang Sony telah menempah tarikh 8 November 2024, dan 27 Jun 2025 untuk 2 filem yang masih belum diumumkan berkenaan. Kedua-dua filem juga dikhabarkan bakal punyai akses kepada skrin IMAX, dan ini menyebabkan para peminat filem berspekulasi yang kedu-dua filem berkenaan adalah terkait dengan francais Spider-Man, berkemungkinan adalah untuk filem Venom 3, dan Spider-Man 4.

Laporan Deadline turut menyatakan yang buat masa ini, tiada filem berprofil tinggi yang dijadualkan untuk tayangan pada 8 November 2024, sekaligus memberi ruang besar untuk Sony menguasai pawagam untuk tayangan filem terkait Spider-Man

Ketika ditanya berkaitan perancangan untuk filem-filem Spider-Man akan datang, penerbit Amy Pascal dan Avi Arad mendedahkan;

Are we going to make another movie? Of course, we are. We’re in the process, but the writers strike, nobody is working during the strike. We’re all being supporters and whenever they get themselves together, we’ll get started.

BERKAITAN: Review Filem Spider-Man: Across the Spider-Verse (2023) - Lagi Best!

Filem terbaharu Spider-Man yang ditayangkan di pawagam adalah Spider-Man: Across the Spider-Verse yang diarahkan oleh Joaquim Dos Santos, Kemp Powers, dan Justin K. Thompson. Ianya dibarisi barisan pelakon suara seperti Shameik Moore (sebagai Miles Morales), Hailee Steinfeld (sebagai Gwen Stacy), Jake Johnson (sebagai Peter B. Parker), Issa Rae (sebagai Spider-Woman), Daniel Kaluuya (sebagai Spider-Punk), Karan Soni (sebagai Spider-Man India) dan Oscar Isaac (sebagai Spider-Man 2099).


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post