Nampaknya siri terbaharu Disney+, iaitu Daredevil: Born Again dihentikan penggambarannya buat sementara waktu, untuk tempoh yang tidak dinyatakan sehingga bila.

Puncanya?

Menurut laporan oleh portal Deadline, produksi siri Disney+ Daredevil: Born Again kini ditangguhkan sementara walaupun telah menjalani tempoh penggambaran selama 3 bulan, sehinggalah isu mogok melibatkan gabungan penulis skrip dapat diselesaikan. Walaupun sebelum ini produksi siri berkenaan telahpun tertangguh beberapa kali disebabkan isu sama, tetapi kali ini nampaknya ianya dihentikan sementara secara rasmi sehinggalah masalah berkenaan dapat diatasi.

Daredevil: Born Again merupakan siri 18 episod, menyaksikan kembalinya Charlie Cox dan Vincent D’Onofrio yang menyambung semula watak mereka sebagai Matt Murdock/ Daredevil dan Wilson Fisk/ Kingpin dari siri Netflix Daredevil terdahulu yang dihasilkan sebagai 3 musim. Sebelum ini, kedua-dua watak berkenaan telahpun membuat kemunculan dalam MCU, di mana Kingpin muncul dalam siri Disney+ Hawkeye, manakala Matt Murdock membuat kemunculan dalam filem Spider-Man: No Way Home dan 2 episod siri Disney+ She-Hulk: Attorney at Law.

Selain Cox dan D’Onofrio, siri Daredevil: Born Again turut menyaksikan kembalinya Jon Bernthal semula sebagai Frank Castle/ Punisher, yang juga sebelum ini tampil dalam siri Netflix sendiri.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post