Treler terakhir filem The Flash akhirnya diperlihatkan oleh Warner Bros, menampilkan team-up antara The Flash, Batman (versi Michael Keaton), Batman (versi Ben Affleck) dan Supergirl!

Saksikan treler filem The Flash di bawah:

Sinopsis rasmi filem The Flash adalah seperti berikut:

Worlds collide in The Flash when Barry uses his superpowers to travel back in time in order to change the events of the past. But when his attempt to save his family inadvertently alters the future, Barry becomes trapped in a reality in which General Zod has returned, threatening annihilation, and there are no super heroes to turn to.

Filem The Flash kembali menampilkan Ezra Miller sebagai The Flash/ Barry Allen, yang sebelum ini tampil melakonkan watak berkenaan dalam filem Batman v Superman: Dawn of Justice, Justice League dan Zack Snyder’s Justice League. Turut tampil dalam filem berkenaan adalah Kiersey Clemons (sebagai Iris West), Maribel VerdĂș (sebagai Nora Allen), Sasha Calle (sebagai Supergirl) dan Ron Livingston (sebagai Henry Allen), di samping Michael Keaton dan Ben Affleck yang akan melakonkan watak Batman versi filem masing-masing.

Filem The Flash diarahkan oleh Andy Muschietti, dan dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada 16 Jun 2023.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post