Satu filem live-action baharu, iaitu Peter Pan & Wendy berdasarkan kisah klasik karya novel J.M. Barrie dan animasi klasik pada 1953 dahulu, akan mula disiarkan secara eksklusif di Disney+ Hotstar pada 28 April 2023. Saksikan teaser trailer Peter Pan & Wendy arahan David Lowery, dan bersiap sedia untuk mengalami pengembaraan abadi yang menampilkan watak-watak yang diminati ramai yang tidak pernah ditampilkan sebelum ini.

Filem Peter Pan & Wendy mengisahkan tentang Wendy Darling, seorang anak gadis yang takut meninggalkan rumah zaman kanak-kanaknya, yang bertemu dengan Peter Pan, seorang kanak-kanak lelaki yang enggan membesar. Bersama adik-beradiknya dan pari-pari bernama Tinker Bell, Wendy mengembara bersama Peter ke dunia ajaib dikenali sebagai Neverland. Di sana, dia bertemu dengan kapten lanun yang jahat, Kapten Hook, dan memulakan pengembaraan yang mendebarkan dan berbahaya yang akan mengubah hidupnya selama-lamanya. 

Filem Peter Pan & Wendy dibintangi Jude Law, Alexander Molony, Ever Anderson, Yara Shahidi, Alyssa Wapanatâhk, Joshua Pickering, Jacobi Jupe, Molly Parker, Alan Tudyk, dan Jim Gaffigan. Filem Peter Pan and Wendy diarahkan oleh David Lowery daripada skrip nukilan David Lowery & Toby Halbrooks, dan berdasarkan novel oleh J. M. Barrie dan filem animasi Peter Pan.

Pengarah/penulis bersama David Lowery berkata;

In making Peter Pan & Wendy, we set out to craft a film that honors both the original J.M. Barrie text and Walt Disney’s animated adaptation; we wanted to invigorate our retelling with emotional sincerity, an open heart, and a grand yearning for adventure. Hundreds of incredible artists spent many years bringing this film to the screen; I’m excited for audiences to see their work, to go on this ride, and to rediscover an evergreen tale from a new perspective.     


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post