Akhirnya, yang dinanti-nantikan telah tiba!

Siri animasi pendek kegemaran kanak-kanak Malaysia, iaitu Didi & Friends, kini muncul dengan filemnya yang tersendiri! Dan kini, treler rasmi filem Didi & Friends The Movie kini telah diperlihatkan.

Saksikan treler filem Didi & Friends The Movie di bawah:

Selain watak-watak dikenali ramai seperti Didi, Nana, Jojo dan Pak Atan, filem Didi & Friends The Movie yang bercorak muzikal fantasi penuh aksi ini turut menampilkan Dato' Awie (suara watak Tok Chip), Amelia Henderson (suara watak Kapten Zee) dan W.A.R.I.S. (suara watak Torra). 

Dibawakan oleh Astro Shaw bersama Warnakala Studios dan Digital Durian, filem Didi & Friends The Movie dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada 23 Februari 2023 ini.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post