Filem Tron: Ares yang merupakan filem ketiga dalam francais filem sains fiksyen ikonik Disney, Tron, kini dikhabarkan telah menemui pengarah yang sesuai.

Menurut laporan oleh portal Deadline, Joachim Rønning, yang sebelum ini mengarahkan filem Pirates of the Caribbean: Dead Men Tell No Tales dan Maleficent: Mistress of Evil, kini dalam perbincangan untuk mengarahkan filem Tron: Ares, yang merupakan sambungan kepada filem Tron: Legacy (2010). Turut dilaporkan adalah kemungkinan filem tersebut akan memulakan penggambaran pada Ogos ini di Vancouver. 

Filem Tron: Ares akan dibintangi oleh Jared Leto, di mana dalam beberapa kesempatan sebelum ini, Leto telah beberapa kali menyatakan yang beliau akan melakonkan watak bernama Ares dalam filem ini, malah turut telah mendedahkan tajuk filem ini sebagai  Tron: Ares dalam satu tweet pada tahun 2020, namun ianya telah dipadamkan.

Filem Tron telah ditayangkan pada 1982, dibintangi oleh Jeff Bridges dan Bruce Boxleitner. Filem sambungan, iaitu Tron: Legacy pula telah ditayangkan pada 2010. Francais tersebut terus berkembang dan telah muncul dalam siri crossover seperti Kingdom Hearts dan Disney Infinity, selain menjadi beberapa siri TV seperti Tron: Uprising, dan permainan video seperti Tron: Identity.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post