Walaupun masih belum banyak diketahui berkenaan siri Disney+ The Mandalorian Musim 3, satu sinopsis terbaharu daripada Disney telah memberikan bayangan tentang apa yang bakal ditampilkan untuk musim terbaharu nanti.

Sinopsis terbaharu itu menyatakan apa yang bakal ditonton oleh para peminat nanti, menyaksikan pengembaraan Din Djarin dan Grogu bersambung ketika New Republic terus bergelut untuk menguasai galaksi. Ianya turut memberikan bayangan tentang kewujudan “sekutu lama” dan “musuh baharu”.

BERKAITAN: The Mandalorian Musim 3 Meneruskan Pengembaraan Mandalore Bernama Din Djarin

Berikut adalah sinopsis The Mandalorian Musim 3;

The journeys of the Mandalorian through the Star Wars galaxy continue. Once a lone bounty hunter, Din Djarin has reunited with Grogu. Meanwhile, the New Republic struggles to lead the galaxy away from its dark history. The Mandalorian will cross paths with old allies and make new enemies as he and Grogu continue their journey together.

BERKAITAN: Review Siri Disney+ The Mandalorian Musim 1 & Musim 2

Siri The Mandalorian Musim 3 akan ditayangkan di Disney+ mulai 1 Mac 2023, ditunjangi Pedro Pascal yang melakonkan watak seorang bangsa Mandalore bernama Din Djarin, yang berpegang teguh kepada kod bangsa Mandalorian. Watak ini turut muncul dalam satu lagi siri Disney+, iaitu The Book of Boba Fett yang disiarkan penghujung tahun lepas. 

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post