Belumpun sampai setahun filem Dune ditayangkan, kini produksi filem sambungan, iaitu Dune: Part Two disahkan telah bermula. Berita tersebut diumumkan melalui Twitter rasmi Dune Twitter seperti di bawah:

BERKAITAN: Filem Dune: Part Two Akan Memulakan Penggambaran Penghujung Julai Ini

Laporan sebelum ini menyatakan yang Dune: Part Two penggambaran awal akan dimulakan di Itali, sebelum barisan pelakon-pelakonnya akan bergerak ke Budapest, Hungary untuk memulakan penggambaran penuh pada penghujung Julai. 

Dune: Part Two akan menampilkan semula pelakon seperti Timothée Chalamet, Zendaya, Rebecca Ferguson, Javier Bardem, Josh Brolin, Dave Bautista, dan Stellan Skarsgård., selain menampilkan pelakon-pelakon lain seperti Florence Pugh (sebagai Puteri Irulan), Austin Butler (sebagai Feyd-Rautha), Christopher Walken (sebagai Maharaja Shaddam IV), Léa Seydoux (sebagai Lady Margot Fenring) dan Souheila Yacoub. Manakala Denis Villeneuve kembali sebagai pengarah filem tersebut.

Dune: Part Two telah dijadualkan untuk tayangan pada 17 November 2023.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post