Baymax! Trailer Sets Disney+ Debut for Big Hero 6 Spin-off

Disney+ telah memperlihatkan trailer terbaharu untuk siri Baymax!, selain turut memperlihatkan key art untuk projek terbaharu oleh Walt Disney Animation itu yang merupakan spin-off dari filem Big Hero 6, berkisarkan watak disayangi ramai tersebut. Saksikan trailer Baymax! tersebut di bawah:

Baymax! merupakan siri animasi pertama dari Walt Disney Animation Studios, menampilkan pelakon suara seperti Scott Adsit, Ryan Potter dan Maya Rudolf (menyambung watak mereka iaitu Baymax, Hiro Hamada, dan Aunt Cass dari filem Big Hero 6).

Sinopsis siri Baymax! adalah seperti berikut:

“The all-new series of healthcare capers returns to the fantastical city of San Fransokyo, where the affable, inflatable, inimitable healthcare companion robot, Baymax, sets out to do what he was programmed to do: help others”.

Watak Baymax sebelum ini tampil dalam filem Big Hero 6 (2014) yang berdasarkan komik Marvel dengan tajuk yang sama. Filem tersebut diarahkan oleh Don Hall menampilkan pelakon seperti Ryan Potter (suara watak Hiro Hamada), Jamie Chung (suara watak Go Go Tomago, Damon Wayans Jr. (suara watak Wasabi), T.J. Miller (suara watak Fred), Genesis Rodriguez (suara watak Honey Lemon), dan Daniel Henney (suara watak Tadashi). Big Hero 6 menerima sambutan yang amat menggalakkan, merekodkan kutipan sebanyak lebih USD650 juta di seluruh dunia, selain memenangi Anugerah Academy bagi kategori Best Animated Feature.

Siri Baymax! dijadualkan untuk tayangan di Disney+ mulai 29 Jun 2022.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post