“What’s a bad miracle?”

Itulah persoalan yang dibawakan dalam satu lagi filem terbaharu bergenre epik seram terbitan Universal Pictures, iaitu Nope. Saksikan trailer filem Nope di bawah : 

Nope dibintangi oleh Daniel Kaluuya, Keke Palmer, Steven Yeun, Michael Wincott dan Brandon Perea, dan ditulis dan diarahkan oleh Jordan Peele.

Dari trailer, filem Nope nampaknya menampilkan elemen seram yang lain dari yang lain, apatah pengarahnya, Jordan Peele sebelum ini telahpun memberikan nafas baharu terhadap filem seram melalui filem-filem seperti Get Out dan Us

Filem terbaharu ini, iaitu Nope menyaksikan semula kerjasama Jordan Peele dengan Daniel Kaluuya yang sebelum ini turut menunjangi filem Get Out arahan Peele yang terdahulu. Selain itu, Nope turut menampilkan Keke Palmer dan Steven Yeun sebagai penduduk di sebuah kawasan terpencil di pedalaman California yang menjadi saksi penemuan yang mengagumkan dan menggerunkan. 

Filem Nope akan ditayangkan di pawagam bermula 21 Julai 2022.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post